Murong Bei terdiam, matanya bersinar penuh harapan. Asalkan Yun Luofeng sembuhkan dia, dia memang sanggup jadi hamba Yun Luofeng, apatah lagi sekadar bersumpah setia!
"Saya setuju!" kata Murong Bei dengan jujur, matanya kelihatan penuh tekad.
"Dalam masa tiga hari, saya akan sembuhkan kamu" kata Yun Luong sambil mengangkat kening. "Lagipun, kamu harus bayar lima puluh juta tahil untuk rawatan daripada saya."
"Lima puluh juta tahil?" Murong Bei menaril nafas terkejut dan sudut bibirnya menggerenyet. "Begitu mahal?"
"Harga rawatan saya tidak pernah kurang daripada lima puluh juta tahil."
Maksud Yun Luofeng lima puluh juta tahil itu adalah harga paling murah.
Dengan wajah yang kaku, Murong Bei mengeluh. Wang yang Yun Luofeng dapat daripada satu rawatan sahaja sudah melebihi seluruh simpanannya! Rupa-rupanya kerja tabib sangat menguntungkan!