"Tangan cucu saya telah dipotong ketika cuba melindungi Yue'er!" Tang Ran berkata dengan marah.
Pada mulanya, Chen Tian tidak rasa apa-apa tentang kehancuran Keluarga Tian. Lagipun, yang kuat akan berkuasa! Lebih penting lagi, ia tiada kaitan dengan dia. Tetapi sekarang, setelah mendengar yang Yun Luofeng serang Tang Yue, keningnya berkerut.
Berani sungguh dia buli Tang Yue, orang yang hendak menjadi anak muridnya? Bukankah itu seperti tidak menghormati Chen Tian sendiri?
Melihat wajah bengis Chen Tian, Tang Ran membuat muka menyampah lalu berkata, "Tuan Chen Tian, saya juga dengar Yun Luofeng mahu menggoda Tuan Chen! Dia juga berkata di dalam dunia ini, cuma dia seorang sahaja yang cukup baik dan layak untuk Tuan Chen!"
"Humph!" Chen Tian mendengus dan menjeling dingin pada Tang Ran. "Benarkah?"