Lelaki pertengahan usia itu terhuyung-hayang. Dia tidak tahu sama ada pilihannya betul atau pun salah! Dia hanya berharap gadis ini tidak akan hancurkan Kumpulan Bintang Biduk…
Lelaki pertengahan usia itu hanya akan sedar betapa bertuahnya dia selepas beberapa tahun akan datang setelah dia ingat semula kejadian hari ini! Jika bukan disebabkan sikap mendesak gadis ini, Kumpulan Bintang Biduk akan terus menjadi sesuatu yang biasa sahaja dalam Kota Huangquan dan tidak akan jadi kumpulan luar biasa yang akan menyatukan Kota Huangquan nanti!
…
Dalam Kota Huangquan, beberapa topik perbualan muncul hampir setiap hari, seperti kehancuran suatu kumpulan ataupun kemunculan tiba-tiba kumpulan baru. Semua orang sudah terbiasa dengannya. Bagaimanapun, ada satu berita yang mengejutkan seluruh Kota Huangquan hari ini. Ada yang mengatakan yang Kumpulan Bintang Biduk telah bertukar ketua dan orang yang ambil ahli ialah seorang gadis muda…