"Tuan, selama ini, saya cuma belajar satu matriks kurungan. Saya tidak sangka ia akan berguna di sini."
Xiao Mo melutut dan meletakkan batu-batu di tanah. Dia lap peluh di dahinya sebelum berdiri. "Bagaimanapun, matriks saya ini hanya mampu mengurung roh-roh itu dan tidak boleh menghapuskan mereka. Bila Tuan masukkan Api Rohani ke dalam matriks, ia boleh buat roh-roh ini semua lenyap dengan cepat."
Sebentar tadi, Yun Luofeng kata kalau orang kuat Keluarga Tian ini muncul dalam bentuk tubuh fizikal mereka, dia tidak akan ada jalan penyelesaian! Tetapi mereka hanya mampu salahkan diri mereka sendiri kerana muncul dalam bentuk roh!
Bagi makhluk berbentuk roh, Api Rohani adalah musuh ketat mereka!