"Ketua Keluarga Tian, Tian Yi, meminta dan menyeru setiap semua nenek moyang untuk datang bantu saya bertarung!"
Nenek moyang?
Semua orang dari Keluarga Tian terkejut dan memandang Tian Yi dengan rasa keliru, jelas sekali tidak faham apa yang dia katakan. Lagipun, ada beberapa hal yang hanya ketua keluarga sahaja yang tahu, malah Tuan Muda Tian Xuan juga tidak layak untuk tahu!
"Ada bangsat entah dari mana berani timbulkan masalah dalam Keluarga Tian?"
Boom!
Jeritan kuat tiba-tiba terdengar dari langit dan langsung terdengar sehingga ke dalam roh semua orang. Jeritan itu seperti belantan besar yang menghentam roh dan menghasilkan gelombang menggegarkan. Mereka yang lemah terus termuntah darah, wajah mereka pucat.
Ekspresi Tian Ya langsung berubah sangat serius, matanya mendongak ke langit. Ketiak itu, dadanya kembang kempis dan aura tubuhnya menjadi sangat dingin.