Satu pintu gerbang megah berdiri tinggi di atas gunung. Dengan warna gangsa, ia kelihatan sangat gagah di bawah sinaran matahari.
Yun Luofeng berhenti, merenung pintu gerbang gangsa itu dengan mata hitamnya lalu mengarahkan dengan dingin, "Ke tepi!
"Baik."
Qing Yan dan Ye Ling undur beberapa langkah dan Long Fei, walaupun tidak tahu apa akan berlaku, juga undur beberapa langkah. Selepas mereka berbuat begitu, sebilah pedang panjang muncul di depan Yun Luofeng. Pedang itu terapung di udara dan bersinar dengan cahaya dingin.
"Potong!" ajah gadis itu tiada ekspresi tetapi kelihatan dominan, suaranya berkuasa dan kuat.
Boom!
Sebaik sahaja suaranya terdengar, pedang panjang itu jatuh dari langit dan memotong pintu gangsa itu. Dalam sekelip mata, pintu gangsa itu merekah dan rekahan itu tersebar ke seluruh pintu itu. Tidak lama kemudian pintu itu hancur berkecai di depan mata Long Fei yang terkejut.