Kegagalan tetap satu kegagalan, tidak kira bagaimana kamu gagal…
Lelaki berpakaian hitam itu terasa hatinya bergetar. Dia mengulang ayat ini dalam mindanya berkali-kali dan selepas beberapa ketika, dia berasa seperti faham sesuatu. Dia mendongak dan memandang gadis yang membelakangi dia itu.
"Terima kasih, Cik. Saya faham apa maksud kamu! Mulai sekarang, saya tidak akan jatuh ke perangkap musuh lagi!" Wajahnya kelihatan sangat bertekad. "Tolong terima saya sebagai pengikut kamu. Saya boleh berikan hidup saya kepada kamu!"
Yun Luofeng akhirnya menoleh ke arahnya dan mengangkat kening. "Kamu benci Keluarga Tian?"
"Ya!" Mata lelaki itu tiba-tiba jadi sangat dingin. "Saya berharap saya mampu minum darah mereka, makan isi daging mereka dan cincang mereka menjadi cebisan! Cik, asalkan kamu setuju bawa saya ke Keluarga Tian bersama kamu, hidup saya akan jadi milik kamu mulai sekarang."