Chereads / Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya / Chapter 508 - Bertolak ke Keluarga Tian (2)

Chapter 508 - Bertolak ke Keluarga Tian (2)

Selepas itu, tubuh Xiao Mo beransur pudar dan lenyap bersama dengan angin.

"Cik."

Qing Yan yang baru sampai mendapati hanya Yun Luofeng di halaman. Xiao Mo yang diheret keluar tadi telah lenyap.

"Cik, mana Tuan Kecil?" Mata Qing Yan berkelip bingung. "Jangan cakap Cik telah bunuh dia untuk buat dia diam!"

Yun Luofeng menjeling ganas pada Qing Yan.

Qing Yan menggeletar kerana takut lalu cepat-cepat menjelaskan, "Cik, saya cuma bergurau tetapi pelik pula Tuan Kecil hilang begitu sahaja."

"Dia perlu lakukan sesuatu. Panggil Ye Ling, kita akan bertolak ke Keluarga Tian dengan segera."

"Baik, Cik." Qing Yan tidak lagi berani bertanya dan menjawab dengan penuh hormat.

Keutamaan mereka sekarang adalah menyelamatkan Zhong Ling'er.

Ketika ini, dalam sebuah rumah penginapan tidak jauh dari Kerajaan Longyuan, orang tua kecil sedang merasa tehnya dan tersenyum puas hati.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS