Mata Xiao berkelip dan dia merungut, "Ibu tidak mahukan saya? Ibu dan Ayah sudah lama berkenalan dan Ayah sertai Keluarga Yun cuma sebab Ibu. Ibu tidak boleh tinggalkan kami."
Wajah Yun Luofeng terus jadi gelap dan aura tubuhnya semakin ganas. Dia menjeling Xiao Mo. "Sepertinya… kamu tidak mahu berada di sini."
Aura ganas yang Yun Luofeng lepaskan itu menakutkan Xiao Mo, tetapi dia bertekad untuk buat Yun Xiao kahwin dengan Yun Luofeng secepat mungkin!
"Ibu telah tinggalkan saya bertahun lamanya, Ibu tidak boleh buat begini lagi kepada saya. Boohoo!" Xiao Mo peluk paha Yun Luofeng dan menangis, "Saya sangat merindui Ibu selama ini…"
Yun Luofeng mengecilkan matanya dan aura bahaya di sekelilingnya semakin tegang. Seakan berasa takut, leher Xiao Mo mengecut dan dia merenung Yun Luofeng dengan muka kesian. Dia seperti anak anjing yang ditinggalkan.