Chereads / Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya / Chapter 490 - Tragedi Tuan Tua Keempat (6)

Chapter 490 - Tragedi Tuan Tua Keempat (6)

Nampaknya kata-katanya itu berhasil.

Selepas mendengar kata-kata Tian Ya itu, Tuan Tua Keempat jadi pucat dan rasa lemas. Dapat dibayangkan perasaannya apabila dia dapat tahu orang yang dia fikir lebih rendah rupa-rupanya sangat kuat dalam setiap sudut dan dia tidak akan mampu capai.

Tuan Tua Keempat rasa tercekik seolah-olah jantungnya digenggam erat.

Malangnya, gadis ini cuma pertapa rohani peringkat-bumi, sementara dia adalah pertapa rohani peringkat-langit. Dari segi kekuatan rohani, gadis ini memang bukan lawannya!

Memikirkan ini, Tuan Tua Keempat buat muka menyampah dan terfikir satu idea. "Tabib Dewa Tian Ya, saya tidak sangka yang Yun Luofeng kenal kamu, tetapi saya tidak rasa yang saya telah lakukan apa-apa kesalahan. Ning Xin adalah ahli Keluarga Ning dan saya bawa dia pulang kerana bimbang. Apa salahnya?"

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS