Yun Luofeng menjeling Ning Yuan dan menaikkan sudut bibirnya. "Orang-orang Keluarga Tian? Nampaknya ke mana saya sahaja saya pergi, saya akan jumpa orang-orang Keluarga Tian! Teh Susu, jaga dia dan jangan biarkan dia lari sebelum Ning Xin sedarkan diri."
"Squeak!" Teh Susu mengangguk dengan bersemangat. Dia akan lakukan tugas yang diberikan padanya dengan sangat teliti.
Yun Luofeng mengecilkan matanya. "Xiao Bai, mari pergi, saya hendak jumpa Tuan Ketua Ning dan berbincang mengenai Ning Xin dengannya." Ketika ini, Ning Xin pasti sudah sedar dan sudah tiba masa untuk Yun Luofeng untuk selesaikan urusannya dengan Keluarga Ning.
…
"Tuan Ketua, Tuan Ketua!"
Dalam bilik bacaan yang penuh dengan aroma buku, Tuan Ketua Ning sedang membaca buku di tangannya. Tiba-tiba, suara yang terburu-buru terdengar dari luar pintu dan tanpa menunggu jawapannya, seorang pembantu terus masuk.