Chereads / Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya / Chapter 48 - Identiti Terbongkar (2)

Chapter 48 - Identiti Terbongkar (2)

"Cik, Mu Shen telah menunggu Cik sepanjang pagi ini."

Ketika Yun Luofeng melangkah keluar dari bilik bacaan itu, Qingyan, hamba suruhannya, tergesa-gesa datang dan melaporkan.

"Membiarkan dia menunggu seharian tidak menyusahkan pun," Yun Luofeng tersengih jahat, mengangkat tangannya untuk mencubit pipi kecil Qingyan yang kelihatan seperti epal itu. Kemudian, ketika hamba itu merenungnya dengan perasaan terluka, Yun Luofeng berjalan menuju halaman belakang. "Jom pergi dan uruskan hal Mu Shen ini cepat, saya masih ada banyak benda perlu dilakukan."

...

Di halaman belakang.

Mu Shen resah berjalan mundar-mandir dengan tidak tentu arah. Tiba-tiba, dia ternampak gadis muda ayu tiada tandingan itu berjalan sambil disinari matahari. Mata Mu Shen bercahaya, dia hampir merebahkan diri untuk melutut dan menjilat-jilat.

"Tabib Dewa, akhirnya Tuan sampai. Saya telah lama menanti."

Yun Luofeng menjeling. "Kamu hendak merungut sebab menunggu lama?"

"Saya tidak berani, tidak akan berani merungut," Mu Shen terlalu takut sehingga seluruh tubuhnya menggigil lalu dengan cepat menyatakan, "Walaupun Tabib Dewa membuat saya menunggu sebulan, saya tetap tidak akan berani merungut. Boleh kita mula merawat penyakit saya sekarang?"

Yun Luofeng melangkah ke dalam bilik itu dan berkata tanpa menolehkan kepalanya, "Masuk ke dalam. Selepas hari ini, kamu akan jadi sama seperti mana-mana lelaki biasa."

Mu Shen terpegun. Pada asalnya dia menyangka walaupun Yun Luofeng yang merawatnya, rawatannya tetap akan memakan masa yang lama. Dia tidak terfikir hal ini berbeza jika Tabib Dewa yang melakukan tugas ini dan hanya memerlukan satu hari! Memikirkan perkara ini, mood Mu Shen langsung menggila, lalu bergegas masuk ke dalam bilik itu.

...

Sejak tadi, halaman depan Pavilion Perubatan sibuk seperti pasar. Menteri berpangkat tinggi dan bangsawan menghalang pintu masuk Pavilion Perubatan, menyebabkan pengawal dalam Pavilion Perubatan keluar untuk mengawal keadaan.

"Jeneral Yun, kamu betul-betul datang ke sini! Saya dengar wang simpanan Keluarga Yun telah habis diboroskan oleh Yun Luofeng. Ia juga membuat kamu marah sehingga ke tahap tidak waras kerana dia. Dan akhirnya, kamu masih ada hati untuk datang ke Pavilion Perubatan. Haha, bagi saya, kamu hanya membuang masa dan tenaga sahaja. Membeli Cecair Berubat Pengumpul-Roh untuk Yun Luofeng cuma akan sia-sia!"

Di khalayak ramai itu, sepasang mata tajam orang yang tidak dikenali terpandang Yun Luo dan tidak dapat menahan daripada ketawa sekuat hati.

Riak wajah Yun Luo menjadi hodoh, tapi dia tetap tidak berganjak dan berdiri teguh tidak berbunyi.

Walaupun Yun Luofeng sudah membuatkan dia melepaskan Cecair Berubat Pengumpul-Roh itu, tapi dia tidak boleh menerimanya begitu sahaja! Tambahan lagi, sekarang cucunya memiliki kekuatan dalaman yang sangat menggerunkan, dan jika ditambah lagi dengan Cecair Berubat Pengumpul-Roh, pasti hasilnya akan jadi dua kali ganda dengan hanya separuh usaha.

Malangnya, Yun Luofeng tidak menyangka Yun Luo akan sebegini degil. Jika tidak, mungkin dia sudah mengatakan sesuatu mengenai Cecair Berubat Pengumpul-Roh itu...

"Dengan mandat Beta, tidak akan ada sesiapa yang akan meminjamkan wang kepada Jeneral Yun. Cuma, saya tidak tahu mengapa General masih lagi datang ke sini?"

Putera Gao Ling memandang Yun Luo, matanya bersinar dengan cahaya garang. Dia berpaling untuk melihat wanita muda berpakaian kuning di sampingnya dan bertanya dengan lembut, "Wushuang, wajah kamu tidak kelihatan begitu baik hari ini, ada sesuatu yang berlaku?"

"Tiada apa."

Mu Wushuang menggelengkan kepalanya sedikit, matanya kelihatan lesu.

Dia tidak memaklumkan Baginda Putera Mahkota yang pagi tadi, datuknya, Perdana Menteri Mu, awalnya hendak menggunakan wang simpanan untuk membeli Cecair Berubat Pengumpul-Roh untuknya. Siapa sangka bilik simpanan itu tiba-tiba dirompak! Mereka kehilangan 45 juta! Dan jumlah ini merupakan sebahagian besar daripada kekayaan Kediaman Perdana Menteri selama ini.

Selepas semua yang sudah berlaku, pastilah pelik jika riak wajahnya kelihatan baik.

"Wushuang, kamu boleh beritahu Beta apa-apa sahaja, Beta pasti akan membela kamu." Gao Ling merenung Mu Wushuang dengan mesra dan hangat, pandangannya seolah-olah sedang berkhayal.

Hanya wanita yang hebat seperti ini yang layak mendapat lelaki yang hebat sepertinya! Yun Luofeng si sampah itu tidak layak menjadi isterinya!