Tetapi Tuan Tua Pertama tidak menyangka Ning Xin akan tercedera begitu teruk kali ini! Berani sungguh bangsat-bangsat Kota Perubatan itu buat begini padanya!
Keinginan berkilau pada mata Tuan Tua Pertama. Walaupun sekiranya Ning Xin terselamat, dia tidak akan pernah lepaskan Kota Perubatan! Mereka tahu Ning Xin ada di Keluarga Yun, tetapi tetap melancarkan serangan pada Keluarga Yun. Jelas sekali mereka memandang rendah pada Keluarga Ning!
Bagaimanapun, Tuan Tua Pertama tersalah tuduh orang-orang Kota Perubatan. Sekiranya mereka tahu Ning Xin ada dalam Kediaman Keluarga Yun, mereka tidak akan pilih waktu itu untuk menyerang! Mereka fikir Ning Xin ikut pergi bersama dengan Tuan Tua Ning, jadi mereka datang ke Keluarga Yun.