Ekspresi Xiao Lin kaku dan dia memalingkan mukanya ke arah Yun Xiao dengan rasa tidak percaya. "Xiao'er, adakah kamu sudah dipukau oleh perempuan itu? Sehingga kamu masih lagi merepek ketika ini?Jangan cakap kamu sudah lupa yang loket jed kamu masih di tangan Keluarga Xiao?
Setelah dia selesai berkata begitu, nada suaranya menjadi mesra sekali lagi. "Tambahan lagi, saya tidak pisahkan kamu berdua. Bukankah saya sudah janji untuk benarkan dia jadi gundik kamu, begitu kan bagus?"
Pandangan Yun Xiao perlahan beralih kepada Ling Yao yang berguling di lantai. Ketika ini, tenaga rohani Ling Yao sudah tidak mengamuk, tetapi hatinya masih sakit seolah-olah digenggam dengan kejam.
Siapa sangka sampah ini sebenarnya Maharaja Hantu?
Ling Yao begitu buta sebelum ini sehingga membiarkan lelaki yang begitu berbakat! Apa-apa pun, semuanya masih baik-baik kerana Keluarga Xiao masih boleh kawal dia. Jadi walau apa pun terjadi, Yun Xiao mesti kahwin dengan dia.