Yun Xiao berjalan perlahan ke arah Lin Yue dan ekspresi tanpa emosinya berkilau dengan cahaya tajam.
"Berhenti!"
Xiao Yuqing berasa cemas lalu berdiri di hadapan Lin Yue dan pandangan dinginnya memandang Yun Xiao yang sedang mendekat. "Boleh dikatakan saya patut panggil kamu abang, tetapi saya tidak rasa kamu mahu saya panggil begitu jadi saya tidak akan buat kesilapan berbuat begitu. Tapi, sebentar tadi Ling Yao yang hina dia, bukan ibu saya. Orang yang kamu patut uruskan sepatutnya Ling Yao."
Tidak kira berapa banyak dia ragui Lin Yue, itu tetap ibunya dan dia tidak aka benarkan sesiapa sakiti ibunya walau apa jua. Tambahan lagi, memang benar Ling Yao yang hina Yun Luofeng tadi.
Ibunya tidak bersalah!
"Berambus!" Yun Xiao mengarah serius tanpa ada emosi pada wajahnya.
Renungan Xiao Yuqing bertambah dingin. "Saya tidak akan benarkan kamu sakiti ibu saya."