Pak!
Xiao Lin menampar muka Xiao Chen dengan sekali hayun tangannya lalu dia menjerit dengan wajah yang pucat, "Kamu sudah lupa apa yang saya beritahu kamu sebelum ini?"
Xiao Chen menutup pipinya yang merah dan matanya penuh dengan kebencian.
Dia memang terlupa yang dia tidak boleh menyinggung sampah itu sebelum tempat rahsia itu terbuka! Tidak mengapa kalau Ling Yao dan Lin Yue sekadar mengejek mereka dengan kata-kata, tetapi Xiao Chen telah cuba untuk cederakan mereka! Sekiranya Yun Xiao enggan bantu mereka buka tempat rahsia itu, Yuqing tidak akan dapat tingkatkan kekuatannya.
Memikirkan itu, Xiao Chen menarik nafas dalam sambil menahan kemarahannya lalu berkata dengan nada yang rendah, "Saya faham…"