Semua orang terpegun dan mereka memandang dengan penuh cemuhan pada Yun Luofeng.
Sungguh tidak disangka, wanita ini kelihatan elok dan baik tetapi bukan sahaja dia goda tuan muda Keluarga Xiao yang telah dibuang, tetapi dia juga cuba menggoda Tuan Muda Yuqing selepas itu! Perempuan gatal seperti itu patut ditangkap dan dicampakkan ke dalam kadang khinzir!
Renungan Yun Xiao perlahan beralih daripada Yun Luofeng dan tertumpu kepada Lin Yue. Niat membunuh meluru keluar dari tubuhnya dan wajahnya tetap tiada emosi. Renungannya sangat dingin seolah-olah ia mampu membunuh dewa.
Lelaki seperti itu selalunya akan menjadi tumpuan semua orang walau di mana pun dia. Tetapi malangnya, dia hanyalah sampah.