Setelah Lin Ruobai yang tadi menjadi peminat sikap menguasai Yun Luofeng tersedar dari lamunannya, dia dapati… dia telah ditinggalkan?
Dia tergamam sambil matanya berkelip dan tiada pilihan selain menerima kenyataan.
Kerana seorang lelaki, Guru terlupa akan seorang insan! Tambahan lagi, semenjak lelaki itu muncul, Guru hanya pandang lelaki itu sehingga terlupa dia telah tinggalkan anak muridnya di belakang.
"Guru, tunggu saya, jangan tinggalkan saya!"
Lin Ruobai menjeling makanan enak yang Yun Luofeng buang ke lantai lalu meneguhkan hatinya untuk berlari ke luar restoran itu. Oleh kerana terlalu pantas, dia tersungkur dan mukanya menghempap lantai.
"Waaa!" Lin Ruobai mula teresak-esak dan meraung kesedihan. "Guru tidak sedarkah sudah kehilangan seseorang di samping Guru? Bagaimana Guru boleh lupa orang seperti saya?"
Sudah tentu, Gurunya lebih pentingkan kekasihnya berbanding anak murid.