Orang-orang itu mungkin sudah sengaja memperlahankan suara mereka, tetapi bagaimana sensitif pendengaran Yun Luofeng? Perbualan orang-orang itu sampai ke telinganya tanpa satu perkataan pun tertinggal…
Yun Luofeng tunduk, mengutip beberapa penyepit makanan di lantai lalu melemparnya ke belakang. Dalam sekelip mata, ia lalu dan menghiris pemuda yang memfitnah ibu Yun Xiao tadi lalu penyepit itu melekat pada dinding di belakangnya.
Dinding yang keras itu seperti buih sabun yang meletup, hanya meninggalkan lubang hitam dengan penyepit terbenam di dalamnya. Pemuda itu tergamam, mengelap lehernya lalu melihat tangannya. Terdapat darah merah segar mewarnai lehernya menjadi merah. Pemuda itu ketakutan dan menjerit, "Darah, darah!"
Dia hampir pengsan, tetapi mujur orang di sampingnya sempat menyambut, jadi dia dapat stabilkan badannya. Bagaimana pun, semua orang boleh membayangkan ketakutan dalam hati pemuda itu.
Sedikit sahaja lagi…