"Guru, sila minum teh ini." Lin Ruobai bercakap dengan penuh hormat.
Yun Luofeng meletakkan cawan teh di tangannya lalu mengambil teh yang Lin Ruobai berikan, perlahan membawanya ke mulut lalu menghirup sedikit sebelum berkata, "Saya masih ada hal lain dan perlu keluar dari sini. Oleh itu, kamu akan ikut saya dengan segera."
Lin Jingfeng merenung kosong. Dia tidak sangka yang dia akan terpisah dengan anaknya begitu cepat dan hatinya bergenang dengan kesuraman.
"Cik, anak saya sangat nakal dan mudah menimbulkan masalah. Saya harap kamu boleh berikan perhatian dan jaga dia dengan baik."
"Kamu boleh percayakan saya," Yun Lufoeng meletakkan cawan tehnya dan sudut bibirnya terangkat. "Memandangkan dia anak murid saya, saya tidak akan benarkan orang lain sakiti dia walau pun sedikit."
Dia jenis orang yang melindungi orang yang lemah di sekelilingnya, dia pasti tidak akan benarkan mereka disakiti!