"Squeak squeak."
Teh Susu memanggil-manggil lalu kelaur dari lengan baju Yun Luofeng sambil matanya dipenuhi harapan.
"Kamu inginkan tenaga rohani ini?" tanya Yun Luofeng sambil memandang Teh Susu.
Teh Susu bertepuk tangan lalu mengangguk penuh semangat sambil mendecit.
"Buka mulut."
Yun Luofeng tidak lagi berasa ragu lalu dengan satu jentikan, sisa tenaga rohani itu terlontar ke dalam mulut Teh Susu. Setelah dapat apa yang dia inginkan, Teh Susu sangat berpuas hati. Ia masuk semula ke dalam lengan baju Yun Luofeng dan mula menghadam tenaga rohani yang dia serap.
"Selepas kamu hadam tenaga rohani ini, saya rasa kekuatan kamu akan meningkat kepada peringkat-bumi tahap-tinggi."
Yun Luofeng mengeluh lembut. Tubuh hamster pencari emas sememangnya berbeza dengan manusia. Ia tidak perlu bimbang pangkalnya rosak walau pun menyerap tenaga rohani yang banyak. Ketika ini, ia telah buat Yun Luofeng sangat cemburu.