Pengawal yang tadi mentertawakan orang tua itu tadi terdiam kerana tidak menyangka orang tua kecil memiliki token masuk. Tetapi pengawal yang satu lagi kekal tenang. Tanpa memandang orang tua itu, pengawal itu berkata dengan dingin, "Sama ada kamu ada token atau tidak, kamu mesti biarkan Tuan Xiao masuk dahulu! Token WIlayah Rohani ada beberapa tahap yang berbeza dan sesiapa yang memiliki token dengan tahap lebih tinggi berhak untuk masuk dahulu."
Orang tua kecil itu mutam dan nada suaranya agak marah. "Apa? Orang itu berikan saya token tahap rendah? Bagus, saya datang jauh-jauh ke Wilayah Rohani untuk rawat dia. Tetapi sekarang bukan sahaja saya di larang masuk, malah harus beri jalan kepada orang lain dahulu! Saya tidak pernah dilayan seteruk ini semenjak saya jadi terkenal di benua ini!"