Xiao Lin masih percaya yang sampah itu tidak akan mahu putuskan pertunangannya dengan Ling Yao, seorang gadis yang luar biasa dan juga puteri Keluarga Ling. Namun, dia tidak akan menyangka bahawa Yun Xiao bukan lagi sampah. Walaupun Yun Xiao masih sampah, dia tetap tidak akan pilih Ling Yao. Cuma Yun Luofeng insan yang wujud dalam mindanya!
"Bagus." Yun Xiao yang dari tadi diam langsung bersetuju, suaranya dingin seperti selalu.
Mendengar jawapan Yun Xiao, semua orang yang hadir berasa lega. Mereka takut Yun Xiao akan berpegang pada pertunangan itu setelah mendapat tahu mengenainya! Mujut, sampah ini sedar diri! Dia sedar yang dia tidak layak untuk puteri Keluarga Ling.
"Kalau begitu, serahkan semula token pertunangan." Xiao Lin yang juga berasa lega meminta dan nadanya tidak sekasar tadi.
Yun Xiao bermuram, "Saya tidak memiliki token pertunangan itu."
Kata-kata Yun Xiao itu membuat semua orang pucat!