"Terima kasih," kata Yun Luofeng dengan ikhlas, dengan rasa berterima kasih dalam mata hitamnya.
Tubuh Qin Yuan jadi kaku lalu dia berkata sambil tersenyum, "Puan, Tuan saya adalah lelaki Puan, sudah menjadi tugas saya untuk lakukan apa sahaja yang Puan arahkan. Puan tidak perlu berterima kasih." Qin Yuan tahu tidak kira walau bagaimana Yun Luofeng ugut dia, Yun Luofeng tidak akan lakukan apa-apa yang kejam terhadapnya. Walaupun Puannya itu kelihatan sangat dominan di luar dan tidak akan teragak-agak membelasah sesiapa sahaja, Puan sangat baik terhadap orang-orang di pihaknya. Jika tidak, Yun Luofeng tidak akan berterima kasih kepadanya.
Sebab Puannya begitulah dia sanggup patuh perintahnya.