"Melebih?" Wajah Yun Luofeng berkilau dengan cahaya licik. Mengangkat keningnya sambil memandang Xiao Jing di hadapannya. "Sebagai ahli Keluarga Bai, saya tidak pernah apa maksud 'melebih'! Perempuan ini mahu saya lepaskan dia selepas dia langgar saya? Jangan mimpi!"
Pada mulanya, Xiao Mo tidak tahu apa yang tuannya cuba lakukan, tetapi sekarang dia sudah faham!
Ini semua untuk memerangkap!
Tanpa menunggu Keluarga Xiao memberi masalah kepada Yun Xiao, tuannya sudah timbulkan masalah untuk mereka supaya mereka sibuk.
Keturunan Keluarga Xiao dan Keluarga Ling dihina oleh ahli Keluarga Bai. Bagaimana mungkin mereka akan lepaskan Keluarga Bai dengan mudah? Justeru itu, Yun Luofeng menyamar sebagai ahli Keluarga Bai dan cuba menyalakan api pertelingkahan di antara kedua belah pihak. Padan muka Keluarga Bai. Mereka tidak sepatutnya campur tangan dalam perperangan Kerajaan Liujin dan bantu Maharani bunuh ibunya…