Yun Luofeng merenung kosong. Dia tidak sangka kepulangan Yun Xiao tertangguh kerana telah pergi menguruskan Sekta Rohani untuk dia.
Lelaki ini selalu lakukan semuanya tanpa Yun Luofeng sedar!
Memikirkan ini, hati Yun Luofeng terasa hangat lalu pandangannya beralih kepada lelaki pertengahan usia yang berjalan dengan langkah yang besar di belakang Qin Yuan.
Lelaki pertengahan usia itu terlihat gadis muda yang berdiri di hadapan Yun Xiao lalu kekaguman yang dalam berkilau pada matanya. Patutlah Maharaja Hantu berasa marah untuk wanita ini, tiada siapa yang tidak akan terasa apa-apa terhadap gadis muda ini.
"Maharaja Hantu." Si Qiong bergegas maju dan sembah sujud pada Yun Xiao sebelum memandang Yun Luofeng. "Cik Yun, kejadian sebelum ini ialah kesalahan anak saya dan saya sudah hukum dia. Saya ingin meminta maaf kepada Cik Yun bagi pihak Sekta Rohani!"
Senyuman pada wajahnya kelihatan membodek dan tidak lagi angkuh seperti Ketua Seka Rohani.