Ekspresi Si Xuan berubah sambil dia terundur beberapa langkah kerana terkejut. Kulit wajahnya jadi pucat dan tubuhnya yang cantik menggigil dengan peluh dingin.
Dia tahu!
Sudah tentu lelaki ini tahu!
Selepas dia dapat tahu mengenai hal ini, dia langsung tidak pulang ke Kediaman Keluarga Yun dan terus datang ke Sekta Rohani untuk cari dia.
"Si Xuan." Si Qiong berasa tidak sedap hati. "Apa sebenarnya yang telah berlaku?"
Dia pernah beritahu Si Xuan untuk tidak ganggu Maharaja Hantu, tetapi dia tidak sangka Si Xuan benar-benar telah lakukannya!
"Saya…" Bibir Si Xuan menggeletar. "Saya tidak sengaja lakukannya, saya cuma…"
'Saya terlalu mahukan dia.'
"Kamu hasut Gao Saochen dan pertapa peringkat-tinggi tahap-tinggi itu juga kamu yang hantar," Yun Xiao seolah-seolah bercakap sendiri, tetapi pandangan dinginnya merenung tepat pada Si Xuan. "Kamu telah lakukan jenayah yang besar, Sekta Rohani tidak lagi mampu lindungi kamu."