BANG!!!
Seolah-olah dipanah petir, seluruh tubuh jeneral tua itu terkejut. Pernafasannya juga jadi tidak menentu lalu dia memegang dadanya sambil langkahnya terhuyung hayang.
Selepas Yun Qingya tersedar, dia terlihat keadaan jeneral tua itu terundur ke belakang sambil memegang dadanya. Dia melangkah pantas ke arahnya untuk memberi sokongan.
"Ayah tak apa-apa?"
Yun Luo bersandar pada Yun Qingya dan membuat muka menyampah, tetapi tidak dapat mengeluarkan suara apabila dia membuka mulutnya.
Yun Qingya mengusap dadanya, membantu dia pulihkan pernafasannya sambil bertanya dengan gelisah, "Ayah rasa lebih baik?"
Jeneral tua hanya dapat bernafas dengan baik setelah beberapa ketika. Dia menarik nafas dalam dan merenung marah ke arah Yun Luofeng.