Niat membunuh dalam matanya semakin menebal.
Tidak lama kemudian, Zhao Lin membuka mulut. "Kamu tahan Yun Qingya dan saya akan bunuh Yun Luofeng." Dia berdiri tegak lalu berkata tanpa emosi, "Berbanding dengan Yun Qingya, dia lebih berbahaya!"
Seorang tabib yang mampu menyembuhkan Yun Qingya, betapa hebatkah kebolehan perubatannya?
Juga…
Berbanding dengan pertapa rohani, tabib lebih berbahaya. Paling tidak, pertapa rohani memerlukan masa untuk berkembang dan meningkatkan kekuatan. Sepanjang masa itu, mereka sangat mudah di bunuh.
Tetapi tabib lain cerita pula!
Jika dia cukup bertuah untuk berjumpa dengan orang kuat yang sakit teruk lalu merawatnya, maka orang kuat itu akan terhutang budi dengannya! Dan hutang budi mampu menjejaskan seluruh Sekta Rohani! Jadi Yun Luofeng mesti mati!