"Saya cuma ingin tanya kamu satu benda. Jika saya lakukannya untuk kamu, adakah kamu akan sakiti Yun Luofeng?"
Wanita yang dilamun cinta selalunya gila dan akan jadi sangat kejam terhadap saingan cintanya, jadi Gao Saochen tanya Si Xuan soalan ini. Ya, memang benar dia mahukan Yun Luofeng, tetapi dia tidak mahu Yun Luofeng disakiti.
"Gao Saochen, saya tidak sangka kamu begitu dilamun cinta," Si Xuan menaikkan sudut bibirnya dan tersenyum. "Jangan bimbang, asalkan saya dapat Yun Xiao, saya tidak akan sakiti Yun Luofeng. Bagaimanapun, memandangkan Yun Luofeng ialah seorang wanita yang teguh, saya tidak rasa dia akan tunduk kepada kamu dengan mudah. Saya cadangkan kamu tunggu sehingga Yun Xiao pergi lalu bawa Yun Luofeng ke Istana Diraja secara paksa dan ambil daranya. Jika kamu berjaya, saya akan bantu kamu kawal dia dan jadikan dia boneka kamu sepanjang hidupnya."