Seperti yang dijangka, selepas mendengar kata-kata Yun Luo. Ekspresi Lin Tian muram dan renungannya berkilau dengan cahaya yang tidak ketahui.
"Tuan Tua Lin, apa lagi yang Tuan tunggu? Walaupun Yun Luo sudah berevolusi, dia cuma pertapa peringkat-tinggi tahap-sederhana dan Tuan ialah pertapa peringkat-tinggi tahap-tinggi, dia langsung tidak setanding dengan Tuan."
Melihat Lin Tian tidak bergerak, Gao Tu menjadi resah. Dia tidak faham kenapa Lin Tian begitu ragu-ragu untuk menentang pertapa peringkat-tinggi tahap-sederhana?
ย Lin Tian tidak menjawab tetapi ekspresi wajahnya jelas sekali tidak begitu baik.
Apa yang dia takutkan jelas sekali bukan Yun Luo, tetapi ratusan tentera di samping Yun Luofeng itu!