Qingyan berdiri menghadap Mu Wushung dengan niat mengusik. "Mu Wushuang, ingat bagaimana kau membuli Cik saya dulu? Kini sudah tiba masanya untuk kamu mendapat balasan dari apa yang kamu telah lakukan!"
Bang!
Ketika Mu Wushuang mahu membuka mulutnya untuk bercakap, satu lagi pukulan tapak tangan mendarat. Serta-merta menyebabkan tubuhnya terlempar dengan darah segar yang berterusan tersembur dari mulutnya.
Senyap!
Seluruh Kediaman Perdana Menteri menjadi sunyi sepi!
Sebagai pembantu Yun Luofeng, tiada seorang pun yang tahu keupayaannya! Namun, ketika ini, pembantu yang tidak jelas dan tidak diketahui itu tiba-tiba memiliki kekuatan pertapa tahap-rendah peringkat-tinggi? Apa yang lebih mengejutkan daripada ini?
Ketika ini, Mu Wushuang tidak lagi memikirkan untuk melihat kekuatan Qingyan. Dia hanya berputus asa melihat arah orang-orang dari Keluarga Tian yang telah pergi, sambil hatinya tiba-tiba tenggelam ke dasarnya.