"Ayahanda, anakanda hanya mahukan dara Yun Luofeng. Setelah anakanda mengambil daranya, anakanda tidak akan keberatan untuk memberikannya kepada Mu Wushuang." Memikirkan wajah cantik Yun Luofeng, Gao Ling terasa begitu teruja.
Walaupun Yun Luofeng tidak menyayanginya sekarang, Gao Ling harus memilikinya! Lebih-lebih lagi, dia tidak percaya Yun Luofeng, yang dulu sangat mencintainya, akan tiba-tiba tidak mempunyai perasaan terhadapnya.
Melihat wajah Gao Ling yang sombong, Gao Tu melambai tangannya dan mengarahkan dengan dingin, "Anakanda boleh pergi sekarang."
"Baik, Ayahanda."
Setelah tersedar dari lamunannya, Gao Ling tunduk hormat lalu pergi. Melihat bayangan Gao Ling pergi, mata Gao Tu beransur menjadi gelap…
...
Kediaman Jeneral.
Di tapak latihan bawah tanah, sebaik sahaja Yun Luofeng melangkah masuk, semua orang berkumpul di sekelilingnya.
"Pak Cik Kedua."