Setiap kali dia teringat akan masa lalu, orang tua kecil itu hanya mampu menggertakkan giginya. Jika bukan disebabkan Keluarga Tian yang telah membesarkanny, dia sudah pasti menyuruh orang untuk melenyapkan Keluarga Tian!
Namun, walaupun akhirnya dia lepaskan Keluarga Tian, ia tidak bermakna yang dia akan mahu terlibat dalam urusan Keluarga Tian.
"Tuan Tabib Dewa, mengenai genius yang saya beritahu Tuan tadi…"
Fang Ya memerhati lelaki tua kecil itu, tertanya-tanya bagaimana hendak memujuk Tabib Dewa itu untuk berjumpa dengan Yun Luofeng. Walaupun Tok Ketua Rong telah meneka yang Yun Luofeng ialah anak murid Tabib Dewa, ia cuma sekadar tekaan tanpa bukti yang kukuh! Oleh itu, dia telah hantar Fang Ya untuk melawat Tabib Dewa untuk mengaturkan perjumpaan untuk mereka berdua untuk mengesahkan sama ada tekaannya betul atau tidak.