Apabila Chun Niang lalu di sebelah Gao Ling, dia berhenti seketika sambil senyuman menyeringai muncul pada wajahnya yang mengghairahkan. "Gao Ling, saya sudah jumpa ramai lelaki sepanjang hidup saya tetapi saya tidak pernah jumpa seorang yang lebih teruk dari penyangak seperti kamu! Dari awal tadi, jika kamu bertekad enggan menggantikan kebebasan dengan gadis itu, mungkin saya akan tersentuh dan melepaskan kamu berdua. Malang sekali kamu telah mengecewakan saya..."
Setelah menlontar kata-kata ini, Chun Niang menghayun tangannya yang lembut seperti ular lalu berjalan ke arah bilik.
Walaupun Chun Niang tidak lagi melihat Gao Ling, dia tahu betapa hodohnya wajah Gao Ling ketika ini.
"Wushuang, maafkan saya." Gao Ling menggenggam erat penumbuknya sambil memandang tepat pada Mu Wushuang, dengan perasaan dendam mengisi matanya. "Percayalah, selepas keluar dari sini, Beta tidak akan pernah abaikan kamu, sebaliknya Beta akan menjaga kamu dengan baik."