"Jadi apa yang kamu mahu?"
Menggertakkan giginya, Wu Zhong berfikir dengan liar, cuba untuk memikirkan langkahnya yang seterusnya.
Sambil tertawa kecil, Yun Luofeng pijak dada Wu Zhong dengan lebih kuat dan berkata dengan dingin, "Sudah tentu... saya mahu balas pengkhianatan kamu!"
BANG!
Ketika kaki gadis itu menghentam laju ke bawah, dada Wu Zhong terus ripuk ke dalam, jeritan nyaring bergema di seluruh Pavilion Luofeng, seperti rengekan binatang liar.
"Ye Ling, dia sudah saya lumpuhkan. Sekarang campak dia ke luar Pavilion Luofeng dan biarkan takdir yang menentukan nasibnya!
Tendangan Yun Luofeng telah mematahkan seluruh tulang rusuk Wu Zhong dan menghancurkan dantiannya, menjadikan Wu Zhong sampah yang sebenar!
Meromok dan menggigil, Wu Zhong memandang Yun Luofeng dengan kebencian, niat jahat, dan ketakutan dari dasar hatinya.
Ya!
Dia takut kepada Yun Luofeng!