Sudah diketahui umum yang Pengurus Wu Zhong tidak memiliki minat lain selain dari menyukai gadis-gadis jelita. Jika seseorang ingin menyenangkan hatinya, hanya ada satu cara untuk melakukannya.
Seperti yang dijangka, selepas mendengar apa yang Maharani Rong katakan, mata Wu Zhong mengeluarkan sinaran yang luar biasa sambil ekspresi wajahnya dipenuhi minat yang teramat.
"Oh?" Dia menaikkan keningnya dan kulit wajahnya agak teruja. "Dan bagaimanakah rupa wanita ini? Kamu ada potretnya?"
Maharani Rong menunjukkan senyuman bertekad ketika dia mengangkat tangannya lalu mengetuk dua kali. "Bawakan potretnya."
"Baiklah, niangniang."
Mendengar arahan itu, dua orang pembantu istana di belakang Maharani Rong menyangga satu potret kemudian melangkah dengan pantas ke arah Wu Zhong.
"Pengurus Wu Zhong, ini ialah potret gadis muda itu. Jika kamu berkenan padanya, Beta akan menjadi telangkai dan membenarkan dia berkahwin sebagai puteri keluarga diraja."