"Sayang sekali sebab..."
Yun Luofeng menggeleng kepalanya sambil dipandang Maharani Rong. "Kuli tetap kuli. Tidak kira bagaimana kuat pun dia, dia tetap tidak akan dapat lari dari statusnya sebagai seorang kuli."
Wajah berpuas hati Maharani Rong jadi kaku sebelum dia tenangkan kemarahan yang membelah langit dalam hatinya. Dia berkata dengan senyuman dingin, "Ya'tou, Beta hanya memberikan kamu peluang ini dari kemurahan hati Beta, tetapi kamu tidak tahu untuk merebutnya. Beta akui kamu agak cantik, tetapi adakah kamu fikir kamu mampu meletakkan cengkaman kamu pada orang penting dengan penampilan kamu sahaja? Wanita-wanita yang telah berkahwin dengan orang penting, siapa di antara mereka yang tidak kuat? Sudah cukup bertuah jika Pengurus Wu Zhong suka pada kamu, jadi jangan berangan untuk menggoda seseorang seperti Tuan Pavilion Luofeng itu."