Chereads / Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya / Chapter 19 - Siapa Lebih Bergaya? (1)

Chapter 19 - Siapa Lebih Bergaya? (1)

"Ada apa-apa yang tak kena?"

Di tengah jalan yang sibuk itu, Yun Luofeng sedang berpeluk tubuh. Memandang malas beberapa orang yang menghalang jalannya, matanya bersinar nakal. Jelingannya terhenti pada lelaki tampan yang berdiri di hadapannya.

Sebentar saja, informasi tentang pemuda itu memasuki telinga Yun Luofeng.

Mu Shen, adik tiri Mu Wushuang! Lelaki paling bergaya di Bandar Diraja, oleh kerana mak ciknya adalah isteri kesayangan Keluarga Diraja, dia sering melanggar undang-undang. Di matanya, tiada siapa yang berkedudukan lebih tinggi darinya! Tambahan pula, hubungan sulit di antara Mu Wushuang dan Putera Mahkota Gao Ling membuatkan dia selalu membuli Yun Luofeng selama ini!

"Hei, tengok siapa ini? Bukankah ini Yun Luofeng, sampah Keluarga Yun? Haha!" Dua kali Mu Shen ketawa dengan kuat. Dia bersiul ke arah Yun Luofeng, matanya mengimbas Yun Luofeng dari atas ke bawah. "Apa? Putera Mahkota tidak menginginkanmu, jadi kamu keluar untuk mencari lelaki? Saya sukar mempercayai orang terhormat seperti Jeneral Yun melahirkan cucu murahan seperti kamu! Kalau kamu mahu berhibur sangat, tuan muda ini boleh berikan kepuasan pada kamu."

Yun Luofeng mengangkat bibirnya dengan lembut, lalu tersenyum nakal sambil memerhatikan pemuda bergaya di hadapannya itu. "Saya dengar tuan muda Keluarga Mu, Mu Shen, ada kekurangan di bahagian itu. Dalam kediaman Keluarga Mu, gundik dan hamba semuanya masih dara. Kalau mengikut kebolehan kamu, mampukah kamu puaskan saya?"

Wajah Mu Shen kaku.

Dia sememangnya mempunyai masalah di bahagian itu, jadi dia tidak pernah menyentuh seorang pun hamba keluarganya! Bukan itu saja, walaupun dia ingin menyentuh mereka, dia tidak mampu melakukannya! Tapi tentang hal ini, datuknya sendiri tidak tahu, bagaimana si sampah Yun Luofeng ini boleh tahu?

Sudah tentu Mu Shen tidak tahu yang kebolehan perubatan Yun Luofeng membolehkan dia menganalisis badan Mu Shen dengan hanya sekilas pandang. Yun Luofeng dapat mengesan Mu Shen kurang melakukan hubungan intim! Jadi dia dapat meneka yang gundik dan hamba di Kediaman Mu masih dara.

Tambahan lagi, Yun Luofeng dapat melihat dengan jelas kenapa di Bandar Diraja, lelaki paling bergaya ini tidak mampu mengadakan hubungan intim!

"Yun Luofeng, jahanam, apa kamu merepek ni?" Wajah Mu Shen merah padam setelah rahsianya didedahkan dan rasa malunya bertukar menjadi marah, "Tuan muda ini sangat kuat di bahagian itu, satu malam bersama seratus wanita bukan satu masalah! Perempuan jahanam, berani kamu memfitnah tuan muda ini. Sekarang tuan muda ini akan beri kamu rasa kekuatannya!"

"Tuan Muda Mu Kedua."

Melihat Mu Shen hendak memaksa Yun Luofeng, teman bangsawannya dengan cepat menangkapnya. "Yun Luofeng ini satu-satunya cucu Jeneral. Kalau kita bertindak melampau, Jeneral Yun tidak akan melepaskan kita."

"Berambus!"

Mu Shen menendang bangsawan muda yang memegangnya itu. Dengan kemarahan dalam matanya, dia memandang Yun Luofeng. "Mak cik tuan muda ini adalah isteri kesayangan Maharaja sekarang, siapa berani membantah tuan muda ini? Yun Luofeng, kamu telah memburukkan reputasi tuan muda ini. Sekarang kamu perlu buktikan di depan khayalak ramai yang tuan muda ini tidak bersalah!"

Di dalam restoran, lelaki berpakaian broked sutera itu berdiri di depan jendela, melihat kejadian di jalan itu dan berkata, "Putera Mahkota, sama ada tuanku suka dia atau tidak, Yun Luofeng masih tunang kamu. Tuanku hanya akan membiarkan dia kehilangan kesuciannya di khalayak ramai?"

Gao Ling memuncungkan bibirnya, tubuh seperti pisau yang tajam, matanya tajam merenung ke arah wanita berpakaian putih di jalanan itu.

"Ini tiada kaitan dengan saya!" Merenung lebih lama sebelum menarik pandangannya, Gao Ling diam sebentar sebelum menyambung. "Saya juga perlu berterima kasih kepada Mu Shen kerana menguruskan si sampah itu. Jika benar dia kehilangan kesuciannya di khayalak ramai, bermakna dia memang tidak layak bersama saya."

Setelah berkata begitu, dengan tangannya di belakang, Gao Ling berjalan keluar. Dia tidak menoleh ke arah Yun Luofeng yang sedang berada dalam konflik di tengah-tengah orang ramai.