Akhirnya lega, Yun Luofeng tersenyum. "Saya tahu. Lain kali saya akan bawa kepada Datuk terus walau apa sekalipun barang baik itu."
"Bagus." kata datuknya dengan senyuman berpuas hati. "Jadi, Datuk tidak akan ganggu kamu lagi. Berusaha sebaik mungkin dalam latihan. Datuk akan pergi sekarang. Hahaha."
Setelah berkata begitu, Yun Luo ketawa terbahak-bahak sambil keluar dari ruangan latihan itu.
"Pak Cik Kedua." Selepas Datuk pergi, Yun Luofeng berpusing untuk memandang lelaki yang tampan dan anggun itu. "Saya masih ada lima biji buah rohani di sini. Tolong bahagikan kepada ahli kor yang sudah menjadi pertapa rohani peringkat-tinggi. Jika ada sesiapa yang berjaya menjadi pertapa peringkat-tinggi lagi nanti, jangan lupa untuk beritahu saya."
Yun Qingya tersenyum santai. "Okey."