Chereads / Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya / Chapter 16 - Cendekiawan Nombor Satu Keluarga Yun, Yun Qingya (4)

Chapter 16 - Cendekiawan Nombor Satu Keluarga Yun, Yun Qingya (4)

Yun Luo mengeluh, wajah tuanya menunjukkan keadaan tidak berdaya.

"Keadaan Pak Cik Kedua kamu ini istimewa. Jika khabar tentang dia masih hidup tersebar, ini pasti akan menarik perhatian orang-orang itu lagi. Jika itu berlaku, dengan kekuatan Keluarga Yun sekarang, kita tidak akan dapat menentang mereka."

Yun Luofeng tersenyum setelah mendengar kata-kata itu. "Hal ini mudah saja, datuk akan hantar kami ke kawasan pergunungan. Sewaktu orang tidak beri perhatian, pindahkan Pak Cik secara rahsia. Beritahu masyarakat yang saya sedang berehat untuk sembuh di pergunungan, dengan ini mereka tak akan ganggu saya."

Seperti yang semua orang tahu, badan Yun Luofeng sedang sakit, menyebabkan dia tidak boleh bertapa!

Jadi, jika dia sedang berehat untuk sembuh di pergunungan, itu adalah alasan yang sangat meyakinkan.

"Feng'er, itu sangat berat buat kamu."

Yun Qingya mengangkat tangannya untuk mengusap kepala Yun Luofeng, kedinginan pada matanya menunjukkan rasa perit di hatinya. "Kamu boleh sahaja hidup mewah dalam Keluarga Yun, tapi kamu ingin menemani Pak Cik di pergunungan. Jika kaki Pak Cik tidak dapat disembuhkan, tidak mengapa, Pak Cik terima takdir ini."

Terima takdir?

Yun Luofeng memandang lelaki setampan pari-pari di hadapannya itu. Dia merasakan perkataan 'terima takdir' itu tidak patut keluar daripada mulut pak ciknya.

Lelaki sebaik ini patut menjadi seperti dirinya sepuluh tahun lalu, bersemangat tinggi.

"Pak Cik Kedua, saya akan lakukan yang terbaik untuk menyembuhkan Pak Cik," Yun Luofeng membuat keputusan dalam mindanya. Pandangannya berpindah kepada Yun Luo, "Datuk, masih ada satu hal lagi yang perlu ditangani dalam Keluarga Yun ini!"

"Katakan."

Yun Luo tidak tahu mengapa, tapi dia merasakan dia tidak dapat melihat cucunya dengan jelas. (TL: Pastilah tidak. Sebab dia orang lain :P) Perasaan ini membuat dia tidak sedap hati. Dia merasa sepanjang sedekad dia tiada, dia terlepas terlalu banyak perkara.

Mata Yun Luofeng bersinar dengan keazaman. "Datuk, pernah dengar pepatah ini? 'Jangan menjolok sarang tebuan!' Datuk memegang jutaan askar dan kuda dalam genggaman datuk, bagaimana Maharaja anjing itu akan senang hati? Jika datuk ingin Keluarga Yun hidup tenang, kuasa ketenteraan harus dilepaskan! Jika tidak, ia pasti akan membawa bencana kepada Keluarga Yun!"

Kebelakangan ini, Yun Luofeng sudah mula faham tentang situasi dalam dunia ini. Di tanah besar yang luas ini, kuasa diraja bukanlah yang tertinggi, di atas kuasa diraja ialah keluarga berkuasa yang tersembunyi dan juga kuasa-kuasa lain! Jika kuasa-kuasa ini bertindak, seluruh dunia akan bergegar.

Namun dengan keadaan Yun Luofeng sekarang, dia tidak ada pilihan selain merasa takut dengan Maharaja anjing itu! Paling tidak sebelum dia menjadi lebih kuat, dia harus mengelak konflik dengan kuasa diraja.

"'Jangan menjolok sarang tebuan', pepatah ini sangat sesuai dengan situasi sekarang."

Yun Luo tersenyum sinis, wajahnya menunjukkan rasa tidak berdaya. "Kali ini datuk pulang dengan kejayaan, dan bukan sekadar mendapat pujian dari Maharaja, tapi datuk juga telah memenangi kemegahan tertinggi. Tapi untuk apa? Rakyat biasa mungkin memuja datuk, tapi ketakutan Maharaja semakin mendalam. Mengikut Maharaja ibarat mengikut harimau, pepatah ini sesuai digunakan dalam mana-mana dinasti."

"Datuk, dengar cakap saya," Yun Luofeng menggaru dagunya, senyuman nakal di bibirnya. "Datuk kena pulangkan kuasa ketenteraan kepada maharaja anjing itu dengan segera. Datuk tidak akan mempunyai kuasa lagi dan hanya menjadi jeneral pada nama sahaja, tapi itu sudah cukup! Walau tanpa kuasa ketenteraan, datuk masih ada gelaran pakar kedua terkuat di Longyuan, tiada siapa akan berani menindas Keluarga Yun!"

Dan paling penting, hanya setelah Yun Luo memulangkan kuasa ketenteraan, barulah Yun Luofeng merasa tenang dan boleh mewujudkan angkatan mereka sendiri!

Yun Luo terkejut, apa yang cucunya katakan memang benar. Walaupun mereka tidak mempunyai jutaan askar, dia sendiri ialah orang kedua terkuat di seluruh Longyuan! Selagi dia masih hidup, dalam negara Longyuan ini, tiada siapa akan berani menindas Keluarga Yun!