"Yun Luofeng!"
Tidak dapat menahan kemarahannya lagi, Gao Ling menggenggam penumbuknya. "Itu tidak akan terjadi! Memang sudah menjadi kebiasaan bagi lelaki untuk memiliki ramai gundik. Tiada lelaki yang mahu berkahwin dengan cuma seorang wanita. Kahwini Beta. Beta akan jadikan kamu Maharani negara! Kamu akan dikagumi semua lelaki!"
Yun Luofeng menaikkan sudut bibirnya lalu mengukir senyuman yang licik tetapi menawan. Suaranya begitu tenang sehingga mampu membuatkan orang menggeletar dengan kata-katanya.
"Kalau begitu, saya lebih rela tidak berkahwin seumur hidup saya!"
Dia lebih rela tidak berkahwin seluruh seumur hidupnya daripada berkongsi lelaki dengan orang lain!
Betapa beraninya dia sebagai seorang wanita untuk mengatakan sesuatu yang berisiko akan menyebabkan sumpahan semua orang?