Yun Xiao menundukkan kepala dan mengucup lembut bibir gadis itu. Suara garaunya penuh dengan perasaan kasih, "Saya tak nak letihkan kamu."
Yun Luofeng menutup matanya. Semasa Yun Xiao sedang 'bersenam', dia dapat merasa tenaga rohani terus mengalir dalam badannya, membentuk sebatang sungai. Walaupun dia tidak terus berevolusi, ia telah menguatkan tenaga rohani dalam dirinya.
Adakah ini… manfaat pertapaan berpasangan?
Sambil menikmati manfaatnya, senyuman kecil muncul di bibir Yun Luofeng. Dia memeluk tubuh Yun Xiao, tubuhnya mengikut kehendak lelaki itu.
…
Mereka tidak meninggalkan bilik itu selama tiga hari, seperti mereka mahu menzahirkan seluruh kerinduan mereka selama beberapa bulan ini.
Huohuo dan Pokok Kecil juga telah menunggu di luar bilik untuk semalaman. Mereka mahu kembali ke Dunia Kod Dewa, tetapi mereka tidak mahu menganggu Yun Luofeng dan hanya boleh menunggu dengan senyap…