Chereads / Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya / Chapter 122 - Kamu Tiada Hak untuk Membuat Mereka Melutut

Chapter 122 - Kamu Tiada Hak untuk Membuat Mereka Melutut

"Kamu tiada hak untuk membuat mereka melutut."

Di dalam dewan yang senyap ini, suara menawan gadis itu seperti batu yang dicampakkan pada permukaan tasik yang tenang, menyebabkan air berkocak dan berombak.

Ekspresi wajah Gao Tu menjadi marah, penumbuknya menghempap meja dengan kejam dan berbunyi kuat ketika dia menengking, "Biadap sungguh! Jeneral Yun, bagus betul cara kamu ajar cucu perempuan kamu ini!"

Dia menoleh ke arah Yun Luo dengan wajah yang gelap. Suaranya begitu kejam dan dingin.

"Bukan sahaja kamu tidak mendisiplinkan cucu kamu, malah menjadikan dia angkuh dan tidak dapat dikawal. Sehingga pembantu suruhannya juga menggunakan posisi tuannya untuk membuli orang lain! Dia telah melumpuhkan Wu Qi! Dan sekarang Tuan dari Kediaman Wu ada di sini, Kediaman Jeneral mesti berikan penjelasan!"

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS