"Cik Zilian!" Wajah Tok Ketua Sekta Tidak Terikat terus berubah apabila dia bertanya, "Kamu tidak serius, bukan?"
Zilian tidak menoleh pun kepada lelaki tua itu dan terus fokus kepada Yun Xiao dengan senyuman menggoda. "Macam mana? Bukan syarat ini sangat bagus kepada kamu? Apa pun, dengan kecantikan saya sahaja kamu tidak akan rugi apa-apa! Sejujurnya, jika saya tengok siapa sebenarnya legenda Maharaja Hantu, saya mungkin akan menolak jemputan Sekta Tidak Terikat. Kamu patut berasa bertuah."
"Tak tahu malu!" Huohuo melirik kepada Zilian sambil mendengus jengkel, suara lembutnya mengejek, "Kau ingat kau cantik? Ibu jari kaki tuan aku lebih cantik daripada kau!"
Walaupun wajah Zilian memang cantik, namun sayangnya wajah gadis itu mempunyai parut. Parut ini telah mencacatkan kecantikannya.
Apa yang Zilian paling benci dalam hidup dia ialah apabila seseorang menghina dia hodoh!