Keesokan harinya, jalan di kota kecil itu sudah pun riuh seawal subuh.
Lelaki tampan yang berbual dengan Yun Luofeng semalam, ternampak kelibat gadis cantik itu dan cahaya kelihatan sekilas dalam matanya.
Gadis itu sedang mendakap seorang bayi berusia sebulan sambil memimpin tangan seorang budak perempuan di usia tujuh atau lapan tahun, perlahan-lahan berjalan ke arah mereka di bawah perhatian semua orang.
Apabila dia ternampak bayi gebu dalam pelukan gadis itu, hati lelaki itu berubah dingin. Adakah gadis cantik ini sudah berkahwin?
"Cik, dua budak ini…" Lelaki itu akhirnya menghampiri dan bertanya.
Yun Luofeng melirik kepada lelaki itu. "Ini adik perempuan dan… anak lelaki saya."
'Anak lelaki?'
Lelaki itu terkesima sepenuhnya. Dia telah menaruh minat kepada Yun Luofeng sejak dari semalam dan mahu memikat gadis itu. Tetapi realiti kehidupan telah menampar mukanya tanpa belas kasihan.