Dia memandang Huohuo dengan perasaan cinta yang begitu mendalam dalam matanya dan senyuman nipis di bibir. "Huohuo, lama kita tak jumpa. Nampaknya kamu akhirnya berjumpa dengan orang yang kamu sudah lama tunggu."
Ketika itu, air mata Huohuo sudah pun berjuraian membasahi wajahnya yang muda. "Ah Ye… akhirnya saya sekali lagi dapat berjumpa dengan kamu."
Seribu tahun kemudian, mereka bertemu sekali lagi, tetapi dalam situasi yang berbeza…
"Huohuo, dulu saya tak ada pilihan lain selain daripada terpaksa tinggalkan kamu. Tapi saya tak sengaja telah mati di atas sebuah puncak gunung. Dalam proses untuk kekalkan bentuk roh ini untuk melihat kamu sekali lagi, saya telah gunakan semua kuasa saya. Jika bukan kerana kemunculan Jing Jiang, saya mungkin tak dapat tinggalkan tempat itu dan tidak akan berjumpa dengan kamu lagi."