Di mata Ling Hai, Yun Luofeng ialah seorang gadis yang baik. Mana mungkin dia membuli orang lain? Ini pastinya salah Wang Mujin. Dia pasti telah menyinggung perasaan Yun Luofeng, jadi satwa rohani gadis itu telah mematahkan tangan Wang Mujin!
Ling Hai tidak pernah menyangka yang tangan lelaki itu sebenarnya telah dipatahkan sendiri oleh Yun Luofeng. Ini semua kerana gadis itu tidak menunjukkan sebarang peringkat pertapaan dalam ujian beberapa hari lepas. Hal ini bermakna, Yun Luofeng masih belum memulakan pertapaannya lagi.
Peluh membasahi tubuh lelaki pertengahan umur itu dan dalam diam bersimpati kepada Wang Mujin. Lebih baik dia berfikiran wajar dan tidak memprovok Yun Luofeng lagi. Jika tidak, dia dan bapa saudaranya pasti tidak boleh menangani kemarahan semua tok ketua ini…
…
Selepas lelaki pertengahan umur itu beredar, Yun Luofeng yang berjubah putih salji itu berjalan masuk ke dalam Pejabat Tok Ketua.