"Tak apa, Abang Zihao," kata budak perempuan itu dengan senyuman comel. "Kita masih tak mampu lagi. Sudah cukup baik kita ada tempat tinggal."
An Zihao berasa begitu terharu. Cik memang seorang yang berfikiran matang. Anak kecil ini tahu bukan mudah untuk dirinya kebelakangan ini, jadi Cik tidak pernah lupa untuk memujuk hatinya di waktu seperti ini.
"Bohooo," An Zihao mengelap air matanya. "Cik, saya bersumpah saya akan bagi kamu kehidupan yang lebih selesa di masa depan."
Setelah mendengar ayat sentimental itu, Yun Luofeng menuang secawan teh lagi untuk dirinya dan menghirupnya perlahan-lahan. Melihat gelagat dua orang ini seperti sedang menonton drama melucukan dan senyuman di wajahnya kian melebar.
"Cik Yun."
An Zihao mahu masuk ke dalam bilik gadis itu untuk menyapa Yun Luofeng, namun gadis itu mengangkat tangannya dan menutup pintu itu dengan bunyi bang yang kuat. Dia telah mengabaikan mereka.