"Okey," jawab Yun Luofeng. Gadis itu kemudian meregangkan dirinya dengan malas dan melirik dengan bersahaja kepada semua tok ketua. "Kalau kamu semua tak ada apa-apa lagi, saya minta diri dulu untuk berehat."
"Pergilah."
Xu Kong melambai. "Kalau ada sesiapa dalam Akademi Wilayah Barat buli kamu, beritahu saja kepada kami. Kami akan balas dendam untuk kamu."
Yun Luofeng menghentikan langkahnya dan perasaan hangat menjalar masuk ke dalam hatinya. Dia datang ke Akademi Wilayah Barat untuk satu tujuan. Walaupun dia mengakui mereka sebagai gurunya, dia masih menyembunyi niat sebenarnya daripada mereka.
Tetapi mereka telah melayan dia seperti anak murid mereka…
…
Selepas gadis itu beredar, semua tok ketua mengalihkan pandangan mereka dan senyuman di wajah mereka menghilang.
"Apa yang berlaku?" tanya Xu Kong dengan dingin, wajahnya tampak suram.